Isnin, 2 Julai 2012

INFO GIGI

Masalah karies gigi (gigi berlubang)


Masalah gigi berlubang sudah semestinya menjadi 'igauan ngeri' bagi semua orang. Kesihatan dan kebersihan gigi yang sempurna menjadi idaman semua. Namun, apabila usia meningkat perubahan demi perubahan akan dilalui dan salah satu masalah yang sering diabaikan adalah masalah kesihatan gigi.


Punca Masalah

  • Kebersihan mulut yang tidak baik
  • Pengambilan gula secara berlebihan
  • Gusi yang haus mengakibatkan bahagian akar gigi terdedah
  • Komplikasi dari mulut yang kering akibat dari penyakit atau ubat-ubatan
  • Masalah karies gigi
  • Gigi berlubang
  • Rasa sakit
  • Makanan terselit di dalam atau di celah gigi
  • Perubahan rasa atau bau di dalam mulut
  • Sensitif kepada angin, makanan/minuman panas atau sejuk
Cara-cara untuk mencegah masalah karies gigi
  • Mengamalkan kesihatan pergigian yang baik dengan memberus dan memflos gigi
  • Mengurangkan amalan makan atau minum yang mengandungi kandungan gula di antara waktu makan
  • Menggunakan ubat gigi fluorida untuk menguatkan gigi
  • Berjumpa dengan doktor gigi anda untuk pemeriksaan berkala

Ahad, 1 Julai 2012

PERKARA YANG PERLU ANDA KETAHUI SEBELUM MULA AKTIVITI BERJALAN KAKI.

Antara perkara yang perlu anda tahu sebelum melakukan aktiviti berjalan kaki ada 4, iaitu :

1. Kasut dan pakaian sesuai
Anda digalakkan untuk memakai kasut dan pakai yang sesuai dengan diri anda. Pakaian yang selsesa akan dapat melindungi tubuh anda, disarankan agar anda memakai pakaian longgar dan menyerap peluh. Sekiranya anda lebih gemar dan selesa berjalan pada waktu malam atau sebelum terbenam matahari, gunakan pakaian berwarna cerah supaya pengguna berkereta  atau bermotor dapat melihat anda. Ini bagi mengelakkan anda daripada sebarang bahaya.


2. Lakukan pemanasan badan
Caranya mat mudah. Berjalan kaki secara perlahan-lahan selama lima minit sehingga anda merasa cukup panas. Pemanasan membantu mengelakkan risiko berlakunya kecederaan otot sewaktu anda berjalan kaki.


3. Lakukan regangan
Setelah pemanasan, lakukan regangan otot sekurang-kurangnya lima minit. Pastikan regangan yang anda lakukan merangkumi bahagian leher, tangan, punggung, otot bahagian atas dan bawah kaki termasuk otot yang berada di bahagian sisi belakang paha serta pergelangan kaki.


4. Sediakan alat pencegahan kecederaan
Antara kelengkapan keselamatan yang boleh anda sediakan adalah alat pelindung lutut atau gel panas untuk mengatasi rasa sakit atau lenguh otot sewaktu berjalan.

SENAMAN MUDAH LAGI CERGAS !

Berjalan kaki merupakan satu bentuk senaman mudah untuk dilakukan sama ada anda sedar atau tidak. Contoh yang paling mudah ialah meletakkan kenderaan anda di tempat jauh sedikit daripada tempat yang anda biasa letak. Kemudian, berjalanlah sedikit dan elakkan menggunakan lif. Sebaliknya gunakan tangga semampu yang anda boleh. Aktiviti berjalan kaki ini sebenarnya lebih menyeronokkan apabila ia turut dilakukan bersama rakan, pasangan mahupun keluarga. Jangan memandang remeh aktiviti jalan kaki kerana banyak manfaat yang anda peroleh melaluinya.

        Pada dasarnya, aktiviti fizikal seperti ini yang dilakukan secara berterusan dan dalam tempoh yang panjang membantu melatih tahap seseorang. Selain daripada itu, oksigen yang disedut dan dihembus akan melancarkan peredaran darah. Sebagai impaknya, tubuh tidak mudah merasa penat, sebaliknya segera mengembalikan tubuh pada keadaan yang normal di samping mengurangkan tekanan.

Jalan kaki dan Diet


        Berjalan kaki turut membakar kalori dalam jumlah yang cukup besar. Wanita yang berusia 40 an dan ke atas yang berjalan kaki dengan kecepatan sekurang-kurangnya 70 langkah seminit selama 30 minit dapat membakar kalori sehingga 79 kcal. Sebaliknya, bagi lelaki berusia 40 an dan ke atas yang melakukan perbuatan yang sama hanya membakar kalori sebanyak 64 kcal.

Jalan kaki dan Diabetes


        Kajian menunjukkan bahawa berjalan kaki selama 30 minit untuk lima kali seminggu sambil anda menjaga pola pemakanan yang sihat membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis atau diabetes sehingga 50 peratus.Waktu yang baik untuk pesakit kencing manis melakukan aktiviti berjalan kaki adalah sekitar satu hingga dua jam selepas makan serta insulin dan kadar gula dalam darah mulai stabil.

Jalan kaki dan Jantung


         Tahukah anda bahawa jalan kaki sebenarnya dapat menyihatkan jantung anda. Ini kerana dengan cara berjalan kaki secara teratur membantu menurunkan risiko tekanan darah tinggi yang merupakan salah satu faktor pencetus kepada penyakit jantung.

Jalan kaki dan kesakitan di bahagian punggung


         Bagi mereka yang mengalami sakit di bahagian punggung disarankan supaya melakukan senaman ringan seperti aerobik. Namun ada segelintir yang tidak dapat mengatasi masalah ini walaupun melakukan senaman ringan. Sebagai alternatif, gantikan senaman ringan dengan berjalan kaki. Berjalan kaki dapat mengurangkan sakit dan lenguh-lenguh di bahagian pinggang mahupun punggung.