Perut ialah tempat terkumpulnya semua makanan dan minuman yang diambil. Dari situ, proses mengolah makanan menjadi tenaga berlaku. Masalah kesihatan berlaku jika makanan yang diambil tidak berkhasiat.
Ikutilah amalan Rasulullah S.A.W. bagi memastikan makanan yang diambil memberi manfaat kepada tubuh.
1. Rasulullah S.A.W. makan dengan suapan kecil dan sedikit.
2. Rasulullah S.A.W. menasihatkan : perut perlu di isi dengan 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara. Makan terlalu banyak pada satu masa, akan menyebabkan masalah kesihatan.
3. Makanlah makanan yang seimbang dan berserat supaya memudahkan sistem perkumuhan dan menyihatkan perut.
Isnin, 25 Jun 2012
Jumaat, 22 Jun 2012
INFO SIHAT.
Panduan Penting Untuk Sarapan
Sarapan adalah waktu makan yang paling penting.
Berikut empat panduan penting mengenai sarapan.
1. Jangan lewatkan bersarapan.
Sarapan membantu meningkatkan metabolisme tubuh yang sebelumnya lambat
disebabkan tidur. Seboleh mungkin, jangan lewatkan sarapan supaya tubuh lebih
bertenaga, otak lebih cergas dan berat badan terkawal.
2. Jangan tundakan waktu bersarapan.
Waktu terbaik bersarapan ialah satu jam selepas bangun tidur.
3. Ingat serat dan protein
Mengambil serat dan protein akan membuat anda kenyang untuk masa yang lebih
lama.
4. Jauhi kafein keterlaluan
Secawan kopi setiap pagi, diakui memiliki banyak manfaat. Seperti :
- Mengurangi risiko penyakit
- Meningkatkan konsentrasi.
Namun, elakkan minum kopi secara berlebihan. Terlalu banyak kafein boleh
menyebabkan rasa cemas dan tekanan darah tinggi.

DARAH TINGGI PEMBUNUH SENYAP LELAKI
Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi cukup sinonim dengan gelaran pembunuh senyap. Ini kerana gejalanya sukar di kesan, melainkan terdapat komplikasi serius pada jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang.
Kebiasaannya, penyakit ini mudah mendampingi golongan lelaki berusia 40 tahun dan ke atas. Namun demikian, senario kini menyaksikan golongan muda turut dihinggapi penyakit ini.
Terdapat 2 jenis Hipertensi:
1. Hipertensi Primer - 98% terjadi tanpa diketahui puncanya.
2. Hipertensi Sekunder - Komplikasi daripada penyakit lain seperti penyakit ginjal, penyakit endoktrin dan pengambilan ubat yang tidak teratur.
Terdapat beberapa faktor meningkatkan risiko serangan penyakit ini iaitu usia, keturunan, merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan garam yang tinggi, masalah kegemukan, kurang berrsenam dan stress berlebihan.
Tekanan Darah Tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan pada organ-organ penting tubuh iaitu sel-sel jantung, buah pinggang, sel otak dan mata hingga mengakibatkan penyakit jantung, serangan angin ahmar atau strok dan penyakit buah pinggang.
Sekiranya tekanan darah telalu tinggi, sel-sel jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Jika dibiarkan, lama-kelamaan dinding jantung akan menebal dan jantung akhirnya tidak dapat berfungsi dengan baik.
Lazimnya, Hipertensi memberi perubahan dalaman pembuluh darah yang membekalkan darah dan nutrien ke sel-sel jantung. Proses Atestroskelorosis akan terjadi lebih cepat dan akibatnya, pembuluh darah akan menyempit dan menyebabkan penyakit jantung koronari.
Kesan seterusnya adalah, perubahan stuktur dinding jantung dan ruang dalaman jantung yang lama-kelamaan akan menyebabkan lemah jantung dan seterusnya serangan angin ahmar.
Hipertensi boleh menyebabkan berlaku peredaran darah dalam sel otak dan adakalanya serius dan boleh menyebabkan kematian mendadak.
Kerosakan buah pinggang boleh berlaku akibat tekanan darah yang amat tinggi dalam jangka masa panjang.
Kurang bersenam, tekanan kerja yang tinggi dan gaya hidup yang tidak sihat adalah antara faktor peratusan penyakit ini meningkat. Oleh itu, anda perlu pastikan cara hidup yang sihat bagi mengelak dari mendapat penyakit darah tinggi.

Sabtu, 16 Jun 2012
FAKTA HARI INI..
Antara makanan yang terbaik untuk jantung anda.
IKAN
- Orang yang kerap makan ikan walaupun 2 kali seminggu, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kematian mengejut akibat serangan jantung.
KERANG-KERANGAN
- Kajian menunjukkan kerang-kerangan boleh mengurangkan kematian akibat penyakit jantung dalam kalangan orang yang memakannya sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu.
KEKACANG
- Memakan kacang mengurangkan risiko darah beku yang boleh menyebabkan kematian akibat serangan jantung.
IKAN- Orang yang kerap makan ikan walaupun 2 kali seminggu, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kematian mengejut akibat serangan jantung.
KERANG-KERANGAN- Kajian menunjukkan kerang-kerangan boleh mengurangkan kematian akibat penyakit jantung dalam kalangan orang yang memakannya sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu.
KEKACANG
- Memakan kacang mengurangkan risiko darah beku yang boleh menyebabkan kematian akibat serangan jantung.
Rabu, 13 Jun 2012
MENGENALI PUNCA-PUNCA PENYAKIT
Saintis percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik. Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.
Saintis juga menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.
Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elekton. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil. Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhiirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.
Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berrkenaan. Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:
1. Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).
2. Minuman beralkohol.
3. Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.
4. Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikalbebas.
5. Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).
6. Sinaran ultra ungu
7. Pencemaran alam sekitar
Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal. Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.
Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekaligus melindungi kerosakan sel badan. Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik. Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan. Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.
TAHUKAH ANDA..??
Cancer Cure Foundation USA menyarankan makanan berikut untuk membantu mengelak kanser dan setengahnya boleh membantu merencatkan sel kanser:
1. Avocado
2. Brokoli, kobis dan bunga kobis : mengandungi indole 3-carbinol yang boleh menentang kanser.
3. Lobak Merah : mengandungi beta karotena membantu mengurangkan pelbagai jenis kanser termasuk kanser paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, pundi, prostat dan payudara.

4. Cili : mengandungi capsaicin yang boleh meneutralkan bahan penyebab kanser.

5. Bawang Putih : mengandungi sebatian allium yang meningkatkan aktiviti sel imun yang menentang kanser dan membantu memecah bahan penyebab kanser.
6. Sayur Hijau dan Kuning

7. Oren dan Lemon : mengandungi limonene yang merangsang sel imun yang membunuh kanser.
8. Betik : mengandungi vitamin C-antioksida
9. Keledek : mengandungi beta karosene yang melindungi DNA dalam nuklear sel daripada bahan kimia penyebab kanser.
10. Jus Epal : minum setiap hari boleh membantu mencegah kanser kolon.

11. Teh Hijau dan Hitam : mengandungi antioksidan tertentu.
1. Avocado2. Brokoli, kobis dan bunga kobis : mengandungi indole 3-carbinol yang boleh menentang kanser.
3. Lobak Merah : mengandungi beta karotena membantu mengurangkan pelbagai jenis kanser termasuk kanser paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, pundi, prostat dan payudara.
4. Cili : mengandungi capsaicin yang boleh meneutralkan bahan penyebab kanser.

5. Bawang Putih : mengandungi sebatian allium yang meningkatkan aktiviti sel imun yang menentang kanser dan membantu memecah bahan penyebab kanser.
6. Sayur Hijau dan Kuning

7. Oren dan Lemon : mengandungi limonene yang merangsang sel imun yang membunuh kanser.
8. Betik : mengandungi vitamin C-antioksida
9. Keledek : mengandungi beta karosene yang melindungi DNA dalam nuklear sel daripada bahan kimia penyebab kanser.
10. Jus Epal : minum setiap hari boleh membantu mencegah kanser kolon.
11. Teh Hijau dan Hitam : mengandungi antioksidan tertentu.
APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI GOUT...??
Gout adalah satu penyakit arthritis paling menyakitkan.Ia berlaku apabila peningkatan melampau asid urik di dalam badan. Pertambahan asid urik melampau ini boleh menyebabkan hablur asid yang tajam terbentuk lalu terkumpul dalam sendi-sendi dan ia seringkali terjadi pada ibu jari kaki. Asid urik yang terkumpul ini (dipanggil tophi) dan ia kelihatan seperti ketulan-ketulan di bawah kulit. Hablur-hablur asid urik yang terkumpul ini juga boleh menyebabkan terbentuknya batu karang di dalam buah pinggang. Serangan pertama gout seringkali berlaku pada ibu jari kaki. Serangan akan dirasai apabila pesakit bangun dari tidur. Jari kaki terasa panas,sangat sakit, merah dan bengkak.
Gout boleh menyebabkan:
Kesakitan
Pembengkakan
Kemerahan
Kepanasan
Kaku pada sendi-sendi
Selain ibu jari kaki, gout juga boleh menjejaskan:
Pergelangan kaki
Buku lali
Lutut
Pergelangan tangan
Jari-jari
Siku
Selain ibu jari kaki, gout juga boleh menjejaskan:
Langgan:
Ulasan (Atom)
.jpg)