Jumaat, 22 Jun 2012

DARAH TINGGI PEMBUNUH SENYAP LELAKI

Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi cukup sinonim dengan gelaran pembunuh senyap. Ini kerana gejalanya sukar di kesan, melainkan terdapat komplikasi serius pada jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang.

Kebiasaannya, penyakit ini mudah mendampingi golongan lelaki berusia 40 tahun dan ke atas. Namun demikian, senario kini menyaksikan golongan muda turut dihinggapi penyakit ini.

Terdapat 2 jenis Hipertensi:
 
1. Hipertensi Primer - 98% terjadi tanpa diketahui puncanya.


2. Hipertensi Sekunder - Komplikasi daripada penyakit lain seperti penyakit ginjal, penyakit endoktrin             dan pengambilan ubat yang tidak teratur.


Terdapat beberapa faktor meningkatkan risiko serangan penyakit ini iaitu usia, keturunan, merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan garam yang tinggi, masalah kegemukan, kurang berrsenam dan stress berlebihan.


Tekanan Darah Tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan pada organ-organ penting tubuh iaitu sel-sel jantung, buah pinggang, sel otak dan mata hingga mengakibatkan penyakit jantung, serangan angin ahmar atau strok dan penyakit buah pinggang.


Sekiranya tekanan darah telalu tinggi, sel-sel jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Jika dibiarkan, lama-kelamaan dinding jantung akan menebal dan jantung akhirnya tidak dapat berfungsi dengan baik.


Lazimnya, Hipertensi memberi perubahan dalaman pembuluh darah yang membekalkan darah dan nutrien ke sel-sel jantung. Proses Atestroskelorosis akan terjadi lebih cepat dan akibatnya, pembuluh darah akan menyempit dan menyebabkan penyakit jantung koronari.


Kesan seterusnya adalah, perubahan stuktur dinding jantung dan ruang dalaman jantung yang lama-kelamaan akan menyebabkan lemah jantung dan seterusnya serangan angin ahmar.


Hipertensi boleh menyebabkan berlaku peredaran darah dalam sel otak dan adakalanya serius dan boleh menyebabkan kematian mendadak.


Kerosakan buah pinggang boleh berlaku akibat tekanan darah yang amat tinggi dalam jangka masa panjang.


Kurang bersenam, tekanan kerja yang tinggi dan gaya hidup yang tidak sihat adalah antara faktor peratusan penyakit ini meningkat. Oleh itu, anda perlu pastikan cara hidup yang sihat bagi mengelak dari mendapat penyakit darah tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan