Isnin, 2 Julai 2012

INFO GIGI

Masalah karies gigi (gigi berlubang)


Masalah gigi berlubang sudah semestinya menjadi 'igauan ngeri' bagi semua orang. Kesihatan dan kebersihan gigi yang sempurna menjadi idaman semua. Namun, apabila usia meningkat perubahan demi perubahan akan dilalui dan salah satu masalah yang sering diabaikan adalah masalah kesihatan gigi.


Punca Masalah

  • Kebersihan mulut yang tidak baik
  • Pengambilan gula secara berlebihan
  • Gusi yang haus mengakibatkan bahagian akar gigi terdedah
  • Komplikasi dari mulut yang kering akibat dari penyakit atau ubat-ubatan
  • Masalah karies gigi
  • Gigi berlubang
  • Rasa sakit
  • Makanan terselit di dalam atau di celah gigi
  • Perubahan rasa atau bau di dalam mulut
  • Sensitif kepada angin, makanan/minuman panas atau sejuk
Cara-cara untuk mencegah masalah karies gigi
  • Mengamalkan kesihatan pergigian yang baik dengan memberus dan memflos gigi
  • Mengurangkan amalan makan atau minum yang mengandungi kandungan gula di antara waktu makan
  • Menggunakan ubat gigi fluorida untuk menguatkan gigi
  • Berjumpa dengan doktor gigi anda untuk pemeriksaan berkala

Ahad, 1 Julai 2012

PERKARA YANG PERLU ANDA KETAHUI SEBELUM MULA AKTIVITI BERJALAN KAKI.

Antara perkara yang perlu anda tahu sebelum melakukan aktiviti berjalan kaki ada 4, iaitu :

1. Kasut dan pakaian sesuai
Anda digalakkan untuk memakai kasut dan pakai yang sesuai dengan diri anda. Pakaian yang selsesa akan dapat melindungi tubuh anda, disarankan agar anda memakai pakaian longgar dan menyerap peluh. Sekiranya anda lebih gemar dan selesa berjalan pada waktu malam atau sebelum terbenam matahari, gunakan pakaian berwarna cerah supaya pengguna berkereta  atau bermotor dapat melihat anda. Ini bagi mengelakkan anda daripada sebarang bahaya.


2. Lakukan pemanasan badan
Caranya mat mudah. Berjalan kaki secara perlahan-lahan selama lima minit sehingga anda merasa cukup panas. Pemanasan membantu mengelakkan risiko berlakunya kecederaan otot sewaktu anda berjalan kaki.


3. Lakukan regangan
Setelah pemanasan, lakukan regangan otot sekurang-kurangnya lima minit. Pastikan regangan yang anda lakukan merangkumi bahagian leher, tangan, punggung, otot bahagian atas dan bawah kaki termasuk otot yang berada di bahagian sisi belakang paha serta pergelangan kaki.


4. Sediakan alat pencegahan kecederaan
Antara kelengkapan keselamatan yang boleh anda sediakan adalah alat pelindung lutut atau gel panas untuk mengatasi rasa sakit atau lenguh otot sewaktu berjalan.

SENAMAN MUDAH LAGI CERGAS !

Berjalan kaki merupakan satu bentuk senaman mudah untuk dilakukan sama ada anda sedar atau tidak. Contoh yang paling mudah ialah meletakkan kenderaan anda di tempat jauh sedikit daripada tempat yang anda biasa letak. Kemudian, berjalanlah sedikit dan elakkan menggunakan lif. Sebaliknya gunakan tangga semampu yang anda boleh. Aktiviti berjalan kaki ini sebenarnya lebih menyeronokkan apabila ia turut dilakukan bersama rakan, pasangan mahupun keluarga. Jangan memandang remeh aktiviti jalan kaki kerana banyak manfaat yang anda peroleh melaluinya.

        Pada dasarnya, aktiviti fizikal seperti ini yang dilakukan secara berterusan dan dalam tempoh yang panjang membantu melatih tahap seseorang. Selain daripada itu, oksigen yang disedut dan dihembus akan melancarkan peredaran darah. Sebagai impaknya, tubuh tidak mudah merasa penat, sebaliknya segera mengembalikan tubuh pada keadaan yang normal di samping mengurangkan tekanan.

Jalan kaki dan Diet


        Berjalan kaki turut membakar kalori dalam jumlah yang cukup besar. Wanita yang berusia 40 an dan ke atas yang berjalan kaki dengan kecepatan sekurang-kurangnya 70 langkah seminit selama 30 minit dapat membakar kalori sehingga 79 kcal. Sebaliknya, bagi lelaki berusia 40 an dan ke atas yang melakukan perbuatan yang sama hanya membakar kalori sebanyak 64 kcal.

Jalan kaki dan Diabetes


        Kajian menunjukkan bahawa berjalan kaki selama 30 minit untuk lima kali seminggu sambil anda menjaga pola pemakanan yang sihat membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis atau diabetes sehingga 50 peratus.Waktu yang baik untuk pesakit kencing manis melakukan aktiviti berjalan kaki adalah sekitar satu hingga dua jam selepas makan serta insulin dan kadar gula dalam darah mulai stabil.

Jalan kaki dan Jantung


         Tahukah anda bahawa jalan kaki sebenarnya dapat menyihatkan jantung anda. Ini kerana dengan cara berjalan kaki secara teratur membantu menurunkan risiko tekanan darah tinggi yang merupakan salah satu faktor pencetus kepada penyakit jantung.

Jalan kaki dan kesakitan di bahagian punggung


         Bagi mereka yang mengalami sakit di bahagian punggung disarankan supaya melakukan senaman ringan seperti aerobik. Namun ada segelintir yang tidak dapat mengatasi masalah ini walaupun melakukan senaman ringan. Sebagai alternatif, gantikan senaman ringan dengan berjalan kaki. Berjalan kaki dapat mengurangkan sakit dan lenguh-lenguh di bahagian pinggang mahupun punggung.

Jumaat, 29 Jun 2012

MARI CUBA TIP INI


Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi, ikuti tip di bawah ini untuk tubuh badan yang sihat sepanjang berpuasa di bulan Ramadhan.

  • Minum air secukupnya sepanjang berpuasa bagi mengelakkan dehidrasi, sembelit atau gastritis.
  • Elakkan minuman mengandungi kafein seperti kopi, teh atau koko yang boleh mengurangkan kandungan air badan dan merupakan punca kehilangan lebih banyak bendalir dari badan.
  • Diet protein baik untuk membantu pemeliharaan jisim otot seseorang.

JENIS MAKANAN DAN JUMLAH KALORI


  • Gantikan kuih teow goreng (600 kalori) dengan semangkuk meehon sup (350 kalori)
  • Gantikan minuman ringan (150 kalori) dengan segelas air kacang soya (60 kalori)
Perbandingan makanan segera berkalori rendah dengan makanan berkalori tinggi

                Burger keju, 317 kal                                          Whooper sandwich, 628 kal
                Buah-buahan, 60 kal                                          Kentang goreng, 227 kal
                Air atau teh tanpa gula, 0 kal                              Air gas, 150 kal




                                                      Ayuh, mari kira kalori!


Makanan berkalori sederhana
(51-150 kcal)

Popia goreng (satu) = 130 kalori
Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori


Makanan segera
Peha ayam goreng (satu) = 130 kalor
Nugget ayam (satu) = 60 kalori
Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori







Buah-buahan
Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik ( sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori


Makanan berkalori tinggi
Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
Nasi goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori


Kategori minuman
Minuman berkarbonat 1 tin 285g = 120 kalori
Minuman kotak 250g = 105 kalori
Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kalori
Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kalori
Aiskrim 2 skop = 390 kalori
Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kalori
Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kalori
Mentega 2 sudu teh = kalori
Keju chedar 1 keping = 58 kalori







Sumber : Majalah Nur Bil. 84

Khamis, 28 Jun 2012

KEKAL SIHAT DAN LANGSING

Pemakanan amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Sila ikuti panduan berikut :


1. Makan roti gandum
Roti gandum mengandungi lebih banyak serat hingga anda berasa kenyang lebih lama walaupun dari segi kalori sama dengan nasi putih.


2. Elak lewat sarapan
Orang yang melewatkan sarapan cenderung makan lebih banyak makanan pada waktu tengahari.


3. Minum air putih
Rasa dahaga di salah erti sebagai lapar. Pastikan anda minum 2 gelas air sebelum makan bagi memenuhi keperluan air anda setiap hari. Sekurang-kurangnya minum 8 gelas air setiap hari.


4. Hindari gula
Cuba kurangkan gula dalam minuman. Pemanis dalam minuman dan makanan membuat nafsu makan meningkat.


5. Makan buah
Berbanding minum jus, pilihlah makan buah segar. Segelas jus oren boleh memenuhi keperluan buah dan sayur anda setiap hari, tetapi sajian itu mengandungi 100 kalori  disebabkan penambahan gula atau pemanis dalam jus.



6. Pilih coklat hitam
Jika inginkan coklat, pilih coklat hitam. Ia mengandungi kalori lebih rendah.


7. Makan Telur
Telur menggalakkan hormon yang membantu menekan rasa lapar di otak sehingga menyebabkan anda makan dalam kuantiti yang sedikit.


8. Kerap makan
Berbanding makan dengan banyak iaitu 3 kali sehari, lebih baik anda makan 5 kali sehari tetapi kuantiti yang sedikit.


9. Bawang putih
Satu ulas bawang putih sehari boleh meningkatkan fungsi hati yang merupakan organ utama pembakar lemak.

Rabu, 27 Jun 2012

6 MAKANAN PENAMBAH SEMANGAT

Ada harinya anda kurang bersemangat melalui hari-hari di tempat kerja atau menguruskan rumah tangga. Ini menyebabkan anda berasa malas dan bosan. Jadi cubalah sumber makanan di bawah untuk mengaktifkan hari anda.

1. KENTANG MANIS
- Kudapan alternatif yang sihat kerana kaya dengan folat sehingga dapat menstabilkan gula dalam darah.






2. KACANG
- Satu sumber terbaik mineral selenium yang akan membaiki emosi dan meredakan rasa cemas.





3. IKAN
- Ikan seperti sardin dan makarel kaya dengan asid lemak omega 3 yang membantu otak meningkatkan suasana hati dan konsentrasi.

4. TELUR
- Sumber zink yang membantu anda merasa lebih terjaga dan bertenaga dengan mengatur metabolisme dan gula dalam darah.

5. YOGURT
- Kaya dengan kalsium dan protein untuk mengurangi perubahan suasana hati, depresi dan rasa cemas.





6. BAYAM
- Kaya dengan zat besi, memberi tenaga untuk meningkatkan konsentrasi dan mengatasi keletihan. Bayam juga sumber vitamin B6 dan folat untuk perkembangan neurotransmitter.

Isnin, 25 Jun 2012

AMALAN PENJAGAAN PERUT SIHAT

Perut ialah tempat terkumpulnya semua makanan dan minuman yang diambil. Dari situ, proses mengolah makanan menjadi tenaga berlaku. Masalah kesihatan berlaku jika makanan yang diambil tidak berkhasiat.

Ikutilah amalan Rasulullah S.A.W. bagi memastikan makanan yang diambil memberi manfaat kepada tubuh.

1. Rasulullah S.A.W. makan dengan suapan kecil dan sedikit.

2. Rasulullah S.A.W. menasihatkan : perut perlu di isi dengan 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara. Makan terlalu banyak pada satu masa, akan menyebabkan masalah kesihatan.

3. Makanlah makanan yang seimbang dan berserat supaya memudahkan sistem perkumuhan dan menyihatkan perut.

Jumaat, 22 Jun 2012

INFO SIHAT.

Panduan Penting Untuk Sarapan


Sarapan adalah waktu makan yang paling penting. 
Berikut empat panduan penting mengenai sarapan.


1. Jangan lewatkan bersarapan.
    Sarapan membantu meningkatkan metabolisme tubuh yang sebelumnya lambat 
    disebabkan tidur. Seboleh mungkin, jangan lewatkan sarapan supaya tubuh lebih 
    bertenaga, otak lebih cergas dan berat badan terkawal.


2. Jangan tundakan waktu bersarapan.
    Waktu terbaik bersarapan ialah satu jam selepas bangun tidur.


3. Ingat serat dan protein
    Mengambil serat dan protein akan membuat anda kenyang untuk masa yang lebih
    lama.


4. Jauhi kafein keterlaluan
    Secawan kopi setiap pagi, diakui memiliki banyak manfaat. Seperti : 
    - Mengurangi risiko penyakit 
    - Meningkatkan konsentrasi.
    Namun, elakkan minum kopi secara berlebihan. Terlalu banyak kafein boleh 
    menyebabkan rasa cemas dan tekanan darah tinggi.

DARAH TINGGI PEMBUNUH SENYAP LELAKI

Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi cukup sinonim dengan gelaran pembunuh senyap. Ini kerana gejalanya sukar di kesan, melainkan terdapat komplikasi serius pada jantung dan kegagalan fungsi buah pinggang.

Kebiasaannya, penyakit ini mudah mendampingi golongan lelaki berusia 40 tahun dan ke atas. Namun demikian, senario kini menyaksikan golongan muda turut dihinggapi penyakit ini.

Terdapat 2 jenis Hipertensi:
 
1. Hipertensi Primer - 98% terjadi tanpa diketahui puncanya.


2. Hipertensi Sekunder - Komplikasi daripada penyakit lain seperti penyakit ginjal, penyakit endoktrin             dan pengambilan ubat yang tidak teratur.


Terdapat beberapa faktor meningkatkan risiko serangan penyakit ini iaitu usia, keturunan, merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, pengambilan garam yang tinggi, masalah kegemukan, kurang berrsenam dan stress berlebihan.


Tekanan Darah Tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan pada organ-organ penting tubuh iaitu sel-sel jantung, buah pinggang, sel otak dan mata hingga mengakibatkan penyakit jantung, serangan angin ahmar atau strok dan penyakit buah pinggang.


Sekiranya tekanan darah telalu tinggi, sel-sel jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah. Jika dibiarkan, lama-kelamaan dinding jantung akan menebal dan jantung akhirnya tidak dapat berfungsi dengan baik.


Lazimnya, Hipertensi memberi perubahan dalaman pembuluh darah yang membekalkan darah dan nutrien ke sel-sel jantung. Proses Atestroskelorosis akan terjadi lebih cepat dan akibatnya, pembuluh darah akan menyempit dan menyebabkan penyakit jantung koronari.


Kesan seterusnya adalah, perubahan stuktur dinding jantung dan ruang dalaman jantung yang lama-kelamaan akan menyebabkan lemah jantung dan seterusnya serangan angin ahmar.


Hipertensi boleh menyebabkan berlaku peredaran darah dalam sel otak dan adakalanya serius dan boleh menyebabkan kematian mendadak.


Kerosakan buah pinggang boleh berlaku akibat tekanan darah yang amat tinggi dalam jangka masa panjang.


Kurang bersenam, tekanan kerja yang tinggi dan gaya hidup yang tidak sihat adalah antara faktor peratusan penyakit ini meningkat. Oleh itu, anda perlu pastikan cara hidup yang sihat bagi mengelak dari mendapat penyakit darah tinggi.

Sabtu, 16 Jun 2012

FAKTA HARI INI..

Antara makanan yang terbaik untuk jantung anda.

IKAN
- Orang yang kerap makan ikan walaupun 2 kali seminggu, boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan kematian mengejut akibat serangan jantung.








KERANG-KERANGAN
- Kajian menunjukkan kerang-kerangan boleh mengurangkan kematian akibat penyakit jantung dalam kalangan orang yang memakannya sekurang-kurangnya 2 kali dalam seminggu.











KEKACANG 
- Memakan kacang mengurangkan risiko darah beku yang boleh menyebabkan kematian akibat serangan jantung.





Rabu, 13 Jun 2012

MENGENALI PUNCA-PUNCA PENYAKIT



Saintis percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik. Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.


Saintis juga menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.
   
Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elekton. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil. Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhiirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.


Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berrkenaan. Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:
1. Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).


2. Minuman beralkohol. 


3. Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.


4. Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikalbebas


5. Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).


6. Sinaran ultra ungu


7. Pencemaran alam sekitar


Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal. Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.


Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekaligus melindungi kerosakan sel badan. Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan.


Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik. Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan. Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.









TAHUKAH ANDA..??

Cancer Cure Foundation USA menyarankan makanan berikut untuk membantu mengelak kanser dan setengahnya boleh membantu merencatkan sel kanser:


1. Avocado








2. Brokoli, kobis dan bunga kobis : mengandungi indole 3-carbinol yang boleh menentang kanser.

3. Lobak Merah : mengandungi beta karotena membantu mengurangkan pelbagai jenis kanser termasuk      kanser paru-paru, mulut, kerongkong, perut, usus, pundi, prostat dan payudara.




4. Cili : mengandungi capsaicin yang boleh meneutralkan bahan penyebab kanser.







5. Bawang Putih : mengandungi sebatian allium yang meningkatkan aktiviti sel imun yang menentang kanser dan membantu memecah bahan penyebab kanser.





6. Sayur Hijau dan Kuning


7. Oren dan Lemon : mengandungi limonene yang merangsang sel imun yang membunuh kanser.




8. Betik : mengandungi vitamin C-antioksida

9. Keledek : mengandungi beta karosene yang melindungi DNA dalam nuklear sel daripada bahan kimia penyebab kanser.

10. Jus Epal : minum setiap hari boleh membantu mencegah kanser kolon.










11. Teh Hijau dan Hitam : mengandungi antioksidan tertentu.








APA YANG PERLU ANDA TAHU MENGENAI GOUT...??


Gout adalah satu penyakit arthritis paling menyakitkan.Ia berlaku apabila peningkatan melampau asid urik di dalam badan. Pertambahan asid urik melampau ini boleh menyebabkan hablur asid yang tajam terbentuk lalu terkumpul dalam sendi-sendi dan ia seringkali terjadi pada ibu jari kaki. Asid urik yang terkumpul ini (dipanggil tophi) dan ia kelihatan seperti ketulan-ketulan di bawah kulit. Hablur-hablur asid urik yang terkumpul ini juga boleh menyebabkan terbentuknya batu karang di dalam buah pinggang. Serangan pertama gout seringkali berlaku pada ibu jari kaki. Serangan akan dirasai apabila pesakit bangun dari tidur. Jari kaki terasa panas,sangat sakit, merah dan bengkak.

Gout boleh menyebabkan:


  • Kesakitan
  • Pembengkakan
  • Kemerahan
  • Kepanasan
  • Kaku pada sendi-sendi


  • Selain ibu jari kaki, gout juga boleh menjejaskan:


  • Pergelangan kaki
  • Buku lali
  • Lutut
  • Pergelangan tangan
  • Jari-jari
  • Siku
  • TESTIMONI PESAKIT GOUT DAN DARAH TINGGI

    NAMA: Zulkefly Mohamad Omar
    UMUR: 48 Tahun
    PENYAKIT: Gout dan Darah Tinggi


    Zulkefly merupakan orang politikus yang sangat sibuk, dan merupakan sesuatu yang penting untuk menjaga kesihatan diri. Kata orang, politikus tidurnya sedikit, bekerjanya banyak. Mengurus diri 20%, mengurus rakyat 80%. Sesiapa yang tidak sanggup mengorbankan 80% kehidupan kepada rakyat jangan jadi ahli politik, kerana cara hidup yang sedemikian, Zul mendapat penyakit yang datang dari permakanan yang tidak seimbang, hampir tiada exercise, bersukan, banyak berfikir dan kurang tidur. Pertama kali diperiksa tekanan darah tinggi beliau ialah 220/123. Dengan bacaan  tekanan darah tinggi sedemikian, bagi orang biasa sudah pasti pengsan. Tapi, beliau jenis yang kuat. Apabila diberikan wristlet untuk beliau pakai, dan seminggu kemudian, tekanan darah tingginya diperiksa lagi. Kali ini, tekanan darah tingginya hanya turun sedikit iaitu 200. Kemudian, beliau diminta untuk meminum air lebih 3 liter sehari supaya dapat menurunkan lagi bacaan tekanan darah tingginya ke paras yang lebih rendah. Kali terakhir diperiksa bacaan tekanan darah tinggi beliau masih lagi tinggi iaitu 180/100. Beliau diminta untuk memakai stokin Vken dan masih di dalam perhatian.

    Selain tekanan darah tinggi, beliau juga mempunyai masalah gout dibahagian kaki. Di samping itu, beliau menghadapi masalah kaki berair dicelah-celah jari. Selepas memakai stokin, beliau memberitahu bahawa beliau gembira kerana masalah gout dan kaki berair dicelah-celah jari sudah hilang. Beliau juga merupakan pengusaha gaharu dan setiap kali mendaki bukit untuk memeriksa pokok gaharu, beliau akan dibantu untuk sampai ke atas bukit. Kini, beliau sudah boleh mendaki bukit tanpa dibantu oleh orang lain setelah memakai stokin Vken setelah hampir sebulan. Syukur kepada Allah kerana dengan izinNya, kesihatan beliau kini bertambah baik.

    BACAAN TEKANAN DARAH TINGGI



    Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis dan jangan terantuk baru mengadah....Monitor atau memantau kesihatan sangat penting pada setiap individu. Di sebabkan tabiat permakanan dan cara hidup sekarang menjurus kepada badan yang tidak sIhat, maka wajiblah setiap orang memantau kesihatan masing-masing. Lebih-lebih lagi kos perubatan sekarang semakin mahal, dan tidak keterlaluan jika dikatakan perlunya mengambil takaful perubatan untuk masa depan yang sukar dijangka.

    Vken hadir ditengah-tengah kekalutan mengurus kesihatan bukan sahaja kepada individu tetapi pihak berkuasa yang terpaksa menambah bilangan hospital, termasuk hospital pakar, klinik, termasuk klinik swasta bagi menampung jumlah pesakit yang semakin ramai. Memakai Vken boleh membantu pesakit atau mereka yang prihatin kepada kesihatan diri sendiri bertujuan preventif dan mengurangkan kadar kesakitan dalam diri. Vken mampu mengurangkan derita sakit tekanan  darah tinggi yang boleh membawa maut. kos membeli sepasang stoking vken jauh lebih rendah dari nilai nyawa.

    Selasa, 5 Jun 2012

    TESTIMONI



    TESTIMONI 1
    NAMA: ROKIAH
    UMUR: 68 Tahun
    PENYAKIT: Kanser Tulang, Kanser Payudara, Darah Tinggi, Kencing Manis, Tiada Selera Makan.



    Makcik Rokiah mengalami penyakit kronik sejak 6 bulan lalu. Kesan penyakit dihidapinya menyukarkanya untuk bergerak aktif  serta kurang selera makan dan sukar berjalan. 
    Beliau sering mengalami sakit sendi tulang, anggota badan kebas, sengal  badan menyebabkan beliau sukar menunaikan solat. Setelah menggunakan stokin terapi selama 2 hari, badan dan kakinya terasa pulih dari kebas  dan kini boleh berjalan sekitar halaman  rumahnya.






    TESTIMONI 2
    UMUR: 44 Tahun
    PENYAKIT: Batu Karang


    Pesakit batu karang ini sering diserang sakit batu karang setiap 5 tahun sekali. Baru-baru ini, sakitnya datang lagi.  Ubat  telah diambil, sakit masih belum reda, beliau terbaring dan tidak mampu bergerak menahan sakit terutamanya bilabuang air kecil.
    Setelah menggunakan stokin, bisa-bisa sakit mula reda dan badan terasa rigan, lega, bertenaga dan tidak merasa sakit lagi ketika buang air kecil.Selang 2 hari kemudian sakit mula pulih dan sembuh sepenuhnya. Dan kini beliau aktif seperti biasa. 



    TESTIMONI 3
    NAMA: MOKHTAR
    UMUR:31 Tahun
    PENYAKIT:Alahan Resdung

    Pesakit telah mengalami alahan resdung sejak beberapa tahun .Baru baru ni ibumertuanya telah menghadiahkan sepasang stokin terapi Vken.kepada beliau.Beliau telah memakai stokin ini.

    Pada hari pertama stokin ini digunakan beliau mengalami tindakbalas yang agak serius - hinggus yang banyak keluar dari hiidung.secara tiba tiba diluar kawalan>apabila melihat kepada kesan hinggus didapati semacam
    jenis hama berwarna putih terkandung didalam sisa hingus tersebut.Selang sejam kemudian hinggus berhenti keluar,ia mendapati hidung terasa pedih
    .Keesokan hari kesan tindak balas beransur kurang dan pemulihan kian dirasakan - gatal gatal  dibahagian hidung telah mula hilang. . .


    TESTIMONI 4
    NAMA: SURI RUMAH
    UMUR: 49 Tahun
    PENYAKIT: Sengatan Serangga Berbisa


    Produk Vken juga meredakan bengkak digigit serangga berbisa.Baru baru ni seorang surirumah berusia 49 tahun dgigit serangga berbisa ketika tidur. (malam)Bila ia tersentak dari tidur akibat kesakitan - mendapati pergelangan tangan kiri membengkak kebetulan beliau baru membeli wrislet lantas ia memakainya.Satelah beberapa ketika memakai bisanya beransur reda dan bolih tidur lena.
    Keesokanhari bila bagun dari tidur ia mendapati tangan tidak lagi bengkak.

    Isnin, 28 Mei 2012

    TESTIMONI


    FATIMAH ABDULLAH (65 tahun)
    Lokasi: Sungai Buaya, Selangor. Tel: 017-680 3141 
    STROK DAN KENCING MANIS 
    Kak Fatimah ni dah 2 tahun mengalami strok dan kencing manis. Dia makan ubat hospital dan rawatan secara tradisional untuk mengawal penyakitnya. Stroknya pulih tetapi jarinya tidak dapat genggam sepenuhnya. Kencing manis bacaan 22. Saya memperkenalkan sarung kaki VKEN kepada kak Fatimah. Saya bagi kak Fatimah cuba sarung kaki VKEN selama 15 minit pada bahagian tangannya dan kami berborak-borak bercerita sambil minum petang. Dalam masa tu kak Fatimah merungut rasa sakit pada jarinya selepas 15 minit mencuba, saya suruh kak Fatimah cuba menggenggam, alhamdullillah jarinya dapat menggenggam rapat. Sangat menakjubkan pada pandangan mata saya kerana sudah lama dia tidak dapat berbuat demikian. Kak Fatimah gembira sangat-sangat. Tanpa saya syorkan kak Fatimah terus membeli sarung kaki VKEN ini untuk dipakai. Walaupun saya dapat jual sarung kaki ini, tapi paling menggembirakan saya kak Fatimah dapat pulih seperti sediakala dalam masa 15minit. Selepas sebulan berlalu, saya telefon kak Fatimah untuk bertanyakan khabar beliau. Daripada perbualan ditelefon kak Fatimah kedengaran gembira, terus bercerita kepada saya yang kencing manis beliau sudah turun daripada bacaan 22 ke 12. Hanya dengan mengamalkan sarung kaki VKEN pada waktu tidur. Alhamdulillah.

    PEREDARAN DARAH YANG LANCAR







    Sel darah yang sihat (A): Peredaran darah yang lancar dan tiada sisa makanan yang terkumpul. Sel darah berwarna merah.

    Sel darah yang tidak sihat(B): Darah kelihatan berkelompok dan terdapat sisa makanan yang terkumpul. Darah berwarna merah kecoklatan.

    Video ini menunjukkan testimoni darah sebelum dan selepas menggunakan produk Vken. Sebelum testimoni, sel darah berkumpul bersama sisa makanan. Selepas menggunakan produk Vken, sel darah kelihatan cantik dan bergerak dengan lancar. Dengan menggunakan produk Vken, sisa makanan yang terkumpul dapat diserap dan dikeluarkan melalui proses perkumuhan.


    Test Blood 1


    Test Blood In Bahasa Indonesia





    Ahad, 20 Mei 2012

    Memperbaiki tubuh badan secara santai

    Muka : Bintik hitam, bintik coklat, kedutan
    Jantung : Denyutan jantung tidak teratur
    Dada : Angina(sakit dada)
    Perut : Gastrik, perut kembung, gangguan penghadaman
    Perkumuhan : Kencing tidak lawas, sembelit
    Tangan : Tangan rasa sejuk dan kebas
    Lutut : Lutut kaki rasa sakit, kebas, kaku, sukar dibengkokkan
    Kaki : Bengkak/edema kaki, kebas, sakit
    Darah : Tekanan darah tinggi, diabetes, gout, kolestrol tinggi, asma, resdung


    MANUSIA BERIKHTIAR, TUHAN MENYEMBUHKAN

    Jumaat, 11 Mei 2012

    ULTIMATE ENERGY UNTUK KESIHATAN





    ULTIMATE ENERGY SOCK VKEN- Membantu Masalah Kesihatan Anda

    HANYA DENGAN SEPASANG STOKIN, anda mampu menyelesaikan masalah kesihatan anda. Dengan teknologi Jepun, Vken berjaya menghasilkan sepasang stokin yang mengandungi khasiat yang baik untuk kelancaran darah kita. ULTINMATE ENERGY SOCK adalah ISTIMEWA berbanding dengan stokin biasa kerana ditenun menggunakan kaedah 3D.
    Stokin ini mengandungi:
    -Sinaran Infranmerah Jauh Nano
    -Ion Turmalin
    -Ion Titanium
    -Ion Germanium
    -Ion Nano Perak

    Stokin ini diperbuat daripada bahan bertenaga tinggi yang berkesan dan selamat.  Menurut Jawatankuasa Tenaga Atomik, kadar pancaran yang dihasilkan oleh stoking ini mampu memperbaiki peredaran darah sebanyak 90% ke atas.



    KEBAIKAN DARI ION NEGATIF (STOKING VKEN)

    -Ia melegakan kesakitan sendi disebabkan ketegangan dan tekanan

    -Mengubah jenis tubuh berasid kepada berakali

    -Menghilangkan tekanan emosi dan meningkatkan kualiti tidur

    -Mengurangkan ketidakseimbangan ion di dalam tubuh

    -Menapis udara dan menjadikan udara lebih sihat

    TESTIMONI

    Kebanyakan daripada testimoni kami akan diuji dengan mengambil kadar bacaan darah (BP) sebeleum memegang stoking ini selama 10 minit. Selepas 10 minit memegang stoking ini, bacaan darah akan diambil semula. Didapati bacaan di dalam darah mereka akan menurun daripada bacaan pada 10 minit sebelumnya. Seperti mana TESTIMONI KAMI yang bernama En Zul, bacaan darahnya berubah daripada 190 kepada 180 dalam masa 10 minit! AMAT MENAKJUBKAN!

    Stoking ini telah membantu banyak testimoni yang bermasalah jantung, strok/lumpuh, gastrik, gout, kencing manis, darah tinggi.  Kebanyakan daripada mereka akan merasai sendiri tindak balas terhadap badan mereka apabila menggunakan stoking ini. 


    PENGIKTIRAFAN PRODUK

    -Produk ini mendapat pengiktirafan Pertubuhan Tekstil di Taiwan. 

    -Ia juga mendapat pengiktirafan anti-bakteria dan anti-reput daripada Badan Pengesahan Antarabangsa.

    -Pada tahun 2005 dan 2010, STOKING VKEN mendapat pingat gangsa dalam pertandingan rekaan dan rekaan bersilang berteknologi antarabangsa Taipei. STOKING VKEN merupakan satu-satunya sarung kaki yang mendapat PENGANUGERAHAN bagi teknik jahitan penjagaan yang mendapat pingat di Taiwan.


    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, SILA HUBUNGI:
    019-2467067 (Abdull Rahim)